Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

PRESIDEN Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao hari ini menuntut Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh membuat penjelasan jika beliau ada menyimpan maklumat berkenaan kes meliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1997.

Ramesh memohon penjelasan berkenaan dari Karpal melalui sepucuk surat bertarikh semalam kepada Karpal yang juga seorang peguam.

Menurut beliau rekod Hansard persidangan Dewan Rakyat bertarikh 6 dan 22 Oktober serta 18 Oktober 1997 menunjukkan Karpal pernah mendesak kerajaan menyiasat Akuan Bersumpah bekas pemandu peribadi Anwar Azizan Abu Bakar dan Umi Hafilda Ali.


“Benarkah Azizan dan Umi Halfilda mengadakan pertemuan sulit dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor?

“Benarkah Yang Berhormat pernah mendakwa dalam satu ceramah DAP dalam tahun yang sama (1997) di Hotel Federal di Kuala Lumpur bahawa mempunyai bukti kukuh berhubung salah laku seks Anwar Ibrahim,” kata Ramesh melalui surat itu.

Akhir sekali Ramesh membawa perhatian Karpal meneliti rekod mahkamah pada 3 Disember 1998 dalam keterangan di Mahkamah Tinggi, Azizan Abu Bakar mengesahkan pertemuannya dengan Karpal dan menuntut ia dijawab.


Azizan merupakan mangsa liwat dalam kes berkenaan pada tahun 1997.

Dalam satu rakaman video YouTube yang dimuatnaik pada 14 April tahun lepas, Karpal yang berbicara mengenai Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau memang didatangi oleh Azizan pada sekitar Ogos tahun 1997.




“Pada 1997, sekitar bulan Ogos saya dikunjungi oleh Azizan yang merupakan pengadu dalam kes liwat.. Mereka memberitahu saya mengenai kes berkenaan, saya bertanyakan apa bukti yang mereka ada dan apa yang mereka ada hanyalah kata-kata serta apa yang ditulis kepada Perdana Menteri pada ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Karpal dalam video berkenaan.

Sementara itu dalam satu video lagi pada Februari 2009 di YouTube, Karpal dipetik sebagai berkata mendesak Anwar meletakkan jawatan dan bertaubat.

“Jangan main-main dengan saya, saya mahu jelaskan di sini, saya telah bersabar sekian lama.. Anwar telah menimbulkan pelbagai masalah kepada negara ini.. Beliau perlu insaf.. Anwar Ibrahim harus bertaubat.


“Pakatan memerlukan seorang pemimpin yang tidak membenarkan kegiatan tidak bermoral seperti lompat parti,” katanya dalam rakaman Buletin Utama pada 8 Februari 2009.

Biarpun dilihat kata-kata Karpal agak keras pada masa itu bagaimanapun, Karpal juga merupakan peguambela yang mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan pembebasan kes liwatnya yang berkesudahan dengan Anwar dihukum penjara lima tahun 7 Mac lepas.

Oleh : IBNU KHUSAIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment