Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

Mat Luthfi adalah selebriti YouTube yang tak perlu diperkenalkan lagi. Video-video yang dimuatnaik anak muda ini sering mendapat perhatian kerana pemikirannya yang bernas dan kritis.

Menerusi video terbaru berjudul ‘Buat Kepala’ yang dimuatnaik semalam, Mat Luthfi sekali lagi berjaya mengupas perangai orang Malaysia yang suka ‘buat kepala’.

Apa itu buat kepala?

Buat kepala adalah orang yang tidak tahu tentang sesuatu isu tetapi suka berlagak macam dia arif tentang isu tersebut.

Contohnya bila keluar isu agama, dia akan keluarkan kenyataan seolah-olah dia tok khatib, pak mufti atau imam besar yang paling teliti dan berhati-hati keluarkan pendapat. Orang lain semuanya liberal, syiah, kafir dan wahabi belaka.

Bila sembang tentang bola pula lebih kencang daripada rembatan Ibrahimovic dia bagi, begitu juga bila artis bercerai dia akan bercakap sampai bila didengar kita sangka dia jiran sebelah artis tersebut.

Hakikatnya, inilah manusia ‘loser’ yang asyik cakap pasal orang lain 24 jam.

Kemudian bila timbul isu pesawat hilang, ramai pula keluarkan teori bagaikan dia pilot bertauliah yang dah turunkan jet di matahari padahal lesen kereta pun dua kali tak pas.

Apa pun, layankan video di bawah dan anda pasti bersetuju dengannya.

Bak kata Mat Luthfi di penghujung videonya yang sesuai diucapkan kepada sesetengah orang, “Aku rasa… aku rasa.. hang je ada rasa? Orang lain rasa hang patut diam!”

- REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment