Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

Venezuela – Seorang wanita yang pernah dimahkotakan Ratu Universe meminjamkan wajahnya kepada aktivis yang berkempen bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencabulan hak asasi manusia di negaranya, Venezuela.

Bagaimanapun, kali ini, Stefanía Fernández, yang ditabal menjadi Ratu Universe pada 2009, tidak kelihatan seperti ratu cantik.

Untuk menjadi simbol mangsa kekejaman akibat keganasan yang meletus di Venezuela sehingga mengorbankan banyak nyawa ketika tunjuk perasaan antikerajaan baru-baru ini, Stefania muncul dengan wajah dilitupi darah dan kotoran sambil dia menangis mengeluarkan air mata darah.

Kempen itu berjudul ‘Suara Anda Kuasa Anda’ juga bertujuan membantah penindasan ke atas media di negara itu.

Setakat ini, 28 orang terbunuh dalam tunjuk perasaan antikerajaan yang bermula Februari lalu.

Stefania dan jurugambar Daniel Bracci merancang menggunakan media sosial bagi menyebarkan mesej mereka mengenai kempen menentang keadaan politik Venezuela ketika ini.

Beberapa gambar kempen berkenaan sudahpun dimuatkan ke Instagram.

Braci berkata, dia juga merancang menggunakan wajah rakyat Venezuela yang terkenal dan turut terjejas dengan keganasan di negara berkenaan untuk kempennya itu. – Agensi

0 comments:

Post a Comment