Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment
Azmi menunjukkan laporan polis berkaitan kehilangan anaknya sejak 18 Mac lalu.

MASTINI
BANDARAYA MELAKA – Sepasang suami isteri di sini, bingung dan risau memikirkan nasib anak gadisnya yang hilang sejak lima hari lalu.

Bapanya, Azmi Atan, 46, berkata, dia mengetahui kehilangan tersebut apabila dihubungi Politeknik Sultan Ibrahim, Pasir Gudang yang mengatakan anaknya, Mastini Azmi, 19, tidak hadir ke kelas dan tidak berada di asrama sejak 18 Mac lalu.

Menurutnya, anaknya adalah pelajar jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik di politeknik terbabit dan kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya semasa menghantarnya pulang ke asrama pada 15 Mac lalu.

“Saya segera membuat laporan polis sebaik sahaja diberitahu pihak kolej dan mencarinya di sekitar Pasir Gudang tetapi gagal.

"Saya juga mencarinya di Cheras selepas polis mengatakan anak saya berada di sana, namun tidak menjumpainya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Taman Pulai Indah, semalam.

Azmi berkata, selepas beberapa hari hilang, anaknya ada menghubunginya dan ketika itu suaranya agak lemah.

Ibu, Nor Rafidah Ab Kadir, 44, berkata, anaknya seorang yang baik dan tidak melawan kata-katanya atau memberontak sekiranya ditegur.

"Rakan-rakan anak saya juga ada mengatakan, Mastini sering keluar dengan seseorang yang mendakwa sebagai emak saudara pada cuti hujung minggu sekiranya tidak pulang ke rumah,” katanya.

Orang ramai yang melihat Mastini dapat menghubungi Azmi di talian 010-4284446.

Sumber: Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment