Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 26, 2014

No Comment

IPOH – Semua sekolah di negeri ini disaran menubuhkan Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR) dalam usaha memberi pendedahan kepada pelajar mengenai isu keselamatan jalan raya.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, penubuhan kelab berkenaan mampu menjadi medium dalam memberi pendidikan kepada pelajar, khususnya berhubung perihal keselamatan jalan raya.

Menurutnya, penubuhan kelab berkenaan juga bakal mendapat kerjasama penuh Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri.

“Kita sarankan agar kelab berkenaan ditubuhkan di setiap sekolah di negeri ini walaupun kita tahu ada sekolah yang telah menubuhkannya.

“Selain itu, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) juga perlu sentiasa bekerjasama bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya kepada orang ramai, khususnya pelajar,” katanya.

Zainol Fadzi berkata demikian pada sidang media sempena Karnival Merah Kuning Hijau 1 Malaysia Prasekolah anjuran bersama MKJR dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara di Taman Rekreasi Dr Seenivasagam di sini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Idris Ramli.

Difahamkan seramai 462 murid prasekolah dari 71 institusi membabitkan daerah Manjung, Kuala Kangsar dan Larut, Matang dan Selama (LMS) menyertai karnival berkenaan.

Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, karnival berkenaan berkemungkinan besar akan dijadikan program tahunan dengan pembabitan lebih ramai murid prasekolah di negeri ini.

Menurutnya, karnival ini kali kedua dianjurkan dan kini ia melibatkan penyertaan kanak-kanak peringkat prasekolah.

“Pada peringkat usia ini, kanak-kanak lebih cepat peka mengenai kepentingan keselamatan jalan raya dan biasanya ianya boleh mempengaruhi ibu bapa.

“Insya-Allah, karnival ini akan kita jadikan program tahunan dalam memberi lebih pendedahan mengenai perihal keselamatan jalan raya sejak di peringkat awal usia,” katanya. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment