Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

GEORGETOWN – PERKASA Pulau Pinang meminta polis menyiasat penganjur acara Pink Dot Penang 2014 yang dijadual 29 Mac ini kerana mendakwa ia cenderung memperjuangkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin, berkata walaupun program itu dibatalkan di lokasi dijadual pada saat akhir, beliau bimbang program yang bercanggah dengan budaya Malaysia itu akan dianjur di venue lain.

“Kami minta polis siasat siapa mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung kerana poster hebahan mengenainya tersebar luas di laman sosial serta digantung di tempat awam,” katanya yang turut memaklumkan PERKASA membuat laporan mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya tengah malam tadi.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini Rizuad turut mendesak hotel-hotel di negeri ini bersepakat menolak dan tidak membenarkan segala bentuk pengajuran program yang boleh mencemar sensitiviti agama dan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Program anjuran Rainbow Connection, Penang Freedom to Love dan Suaram itu mempunyai dua slot pengisian iaitu bengkel di Yard Cafe, Jalan Masjid Kapitan Keling pada pukul 1 tengah hari hingga 5 petang dan acara parti di 1926 Heritage Hotel, Jalan Burma di sini pada sebelah malam, 29 Mac.

Bertemakan ‘sit in solidarity in the day, dance together in the night’ acara lain yang diatur termasuklah pameran gambar, pelancaran ‘I am you, be a trans ally’ dan tarian.

Sementara itu, pengurus hotel berkenaan, Peter Pedley berkata pihaknya hanya dimaklumkan tempahan tempat untuk 60 peserta bagi tujuan mesyuarat.
“Kami tidak dimaklumkan lebih lanjut mengenai program itu dan kami tidak berkompromi jika kami tahu mengenainya kerana bukan objektif hotel memberi laluan kepada penganjuran program sebegini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pembatalan tempahan tempat untuk program itu tengah hari semalam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment