Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 16, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Stadium Shah Alam akan dibuka semula pada 22 Mac ini setelah ditutup sejak November tahun lalu untuk kerja-kerja naik taraf stadium berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid, berkata semua bahagian utama stadium itu sudah dinaik taraf termasuk padang, bumbung, bilik persalinan pemain dan tandas awam.

“Selain menggantikan rumput parspalum di padang, kita juga telah menaik taraf tandas awam dan memasang CCTV (kamera litar tertutup) di sekeliling stadium bagi meningkatkan aspek keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas melawat stadium berkenaan hari ini.

Turut hadir ialah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.

Abdul Khalid berkata, pada tahun lalu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membelanjakan sejumlah RM70 juta bagi kerja-kerja penambahbaikan dan diteruskan pada tahun ini bagi fasa kedua yang turut membabitkan kos sama.

“Bagi fasa kedua kita lebih menumpukan kepada aspek untuk mencantikkan stadium termasuk mengecat semula dinding stadium ini,” katanya.

Abdul Khalid berkata, perlawanan pertama yang bakal berlangsung sebaik stadium itu dibuka semula ialah perlawanan Liga Super antara Selangor dan Kelantan pada 22 Mac ini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment