Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment
Yatsenyuk (kiri) bertukar dokumen dengan Van Rompuy ketika majlis menandatangani perjanjian perdagangan di Brussels.
BRUSSELS - BELGIUM. Perdana Menteri sementara Ukraine, Arseniy Yatsenyuk, kelmarin memeterai perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) sehari selepas kuasa Barat mengenakan sekatan terhadap beberapa individu berpengaruh di Rusia.

Memetik laporan BBC, Presiden EU, Herman Van Rompuy menyifatkan perjanjian tersebut sebagai simbol mengiktiraf aspirasi rakyat Ukraine yang mahu hidup di dalam negara dikawal oleh undang-undang dan demokrasi.

Difahamkan, Yatsenyuk hanya menandatangani elemen politik yang terkandung dalam dokumen tersebut manakala bahagian ekonomi dan perdagangan hanya akan dimeterai selepas pilihan raya presiden pada Mei depan.   

Dalam perkembangan lain, Crimea dilaporkan telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada wilayah Rusia secara rasmi selepas Presiden Vladimir Putin menandatangani dekri muktamad berhubung perkara tersebut di Moscow.

0 comments:

Post a Comment