Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 26, 2014

No Comment

SiakapKeli.com sebelum ini ada menulis laporan berkaitan penerangan bagaimana satelit milik sebuah syarikat Britain Inmarsat berjaya mengesan pergerakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sehingga ke Lautan Hindi.

Semalam, video penjelasan ialah daripada saluran berita antarabangsa CNN tetapi dalam artikel ini ialah penjelasan terperinci dari seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Bahasa Melayu.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM Prof Madya Dr Aduwati Sali yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Komunikasi Satelit dan Mudah Alih dari United Kingdom.

Beliau turut menerangkan bagaimana satelit berkenaan menggunakan sistem isyarat “ping” dan “handshake” yang dihantar pesawat MH370 kepada satelit Inmarsat berkenaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkembangan terbaru berkenaan pesawat MH370 berkata analisis yang digunakan satelit Inmarsat untuk mengenalpasti lokasi terakhir MH370 tidak pernah digunakan pada mana-mana siasatan sebelum ini.

Menurut Dr Aduwati, isyarat yang dihantar ke Inmarsat adalah daripada enjin Rolls Royce Boeing 777-200ER yang telah didaftarkan dengan Inmarsat.

“Enjin pesawat ini telah didaftarkan dengan satelit Inmarsat.. ia memang tidak dapat dimatikan secara manual kerana sukar.. kita masih ada komunikasi selepas daripada transponder itu ditutup.

“Komunikasi dari satelit ini, ia setiap jam.. pesawat akan hantar isyarat (ping) kepada satelit dalam masa setiap satu jam yang bermula pada pukul 1.11 pagi (8 Mac).

“Jadi dari pukul 1.11 pagi, 2.11 pagi sehinggalah 8.11 pagi, ada sekitar lapan ping berlaku antara enjin pesawat MH370 dengan Inmarsat,” katanya dalam satu temubual dengan Harian Metro.

Menurut Dr Aduwati, Inmarsat turut menggunakan sebuah lagi pesawat MAS MH377 ke Guangzhou, China sebagai perbezaan untuk perbandingan lokasi antara koridor utara dan selatan bagi mengesan MH370.

Harapnya, dengan penerangan Dr Aduwati dalam bahasa Melayu, kuranglah spekulasi berkaitan MH370 yang akan dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak faham bagaimana pihak Inmarsat melakukan analisis yang memberikan petunjuk baru di mana pesawat MH370 kali terakhir berada.

Pasukan penyiasat bukannya mengambil mudah analisis ini sebelum mendedahkannya kepada umum dan ia sememangnya teknologi moden yang ada pada enjin Rolls Royce berkenaan sebagai persediaan jika peralatan transponder dimatikan dengan sengaja.

Oleh : AIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment