Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 26, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Wartawan penerbangan CNN, Richard Quest mempertahankan kerajaan Malaysia yang mengendalikan kes MH370, dan memanggil insiden itu sebagai sesuatu yang ‘tidak pernah berlaku sebelum ini’.

Dalam tweet di akaunnya @RichardQuest , penyampai berita itu menyatakan beberapa kesilapan telah dibuat dalam keadaan-keadaan unik.

“Kesilapan pasti telah dibuat dalam penyiasatan #MH370 oleh rakyat Malaysia TETAPI kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” beliau menulis di Twitter.

“Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Agensi Penerbangan Persekutuan, Biro d’ Enquêtes et d’ Analyses, Biro Siasatan Kemalangan Udara, adalah bertauliah dan mengambil bahagian.

“Adalah bodoh untuk mencadangkan bahawa hanya negara-negara dunia pertama yang perlu menyiasat. Lebih buruk, ia adalah salah.

“Rakyat Malaysia berada dalam satu keadaan yang unik,” tulis pakar penerbangan itu.

Quest menambah setakat ini ‘tidak ada orang dalam fikiran mereka’ dalam pesawat yang hilang yang dijangka membuat penerbangan ke arah yang bertentangan ‘tanpa sebarang radar atau amaran’.

“Rakyat Malaysia akan dikutuk jika mereka mengeluarkan maklumat dan juga dikutuk jika mereka tidak melakukannya, ” katanya.

“Adalah tidak masuk akal untuk berpura-pura mengenai penyiasatan ini. Persoalan besar ialah bagaimana tentera Malaysia terlepas apabila ia berpatah balik melalui negaranya. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment