Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment
Entah apa ayat yang dipakai oleh Shah Jaszle sehingga ramai gadis yang jatuh hati dengannya. Kami teringin juga nak belajar. Pasti ayat yang digunakan amat power dan mampu meruntun jiwa!

Untuk makluman, Shah Jaszle kini sudah putus tunang dengan Redzwani Puteri dan mempunyai kekasih baru bernama Hanis Husna.


Comel kan orangnya? Patutlah Shah Jaszle tak sabar-sabar nak mengumumkan kewujudan kekasih barunya ini. Takut kena caras dengan lelaki lain agaknya. Yang kesiannya, apabila percintaan mereka diketahui umum, Hanis Husna mengakui rasa tertekan dengan gelaran “perampas” yang diberikan orang ramai kepada dirinya.

Kata Hanis menerusi Harian Metro:-

Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang luar tidak tahu cerita sebenar. Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shah dan tunangnya.

Memang saya kekasih Shah tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Malah benda ini sudah lama berlaku cuma orang luar tak tahu.

Orang luar tak tahu itu perkara biasa, tapi kalau bekas tunang sendiri iaitu Redzwani Puteri tak tahu yang pertunangannya dengan Shah Jaszle sudah putus, itu adalah kes berat. Tak apalah, kepada Hanis Husna, selamat bercinta dengan Shah Jaszle.

Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat kami kongsikan kepada anda, kekasih baru Shah Jaszle, Hanis Husna:





Kepada bekas tunang Shah Jaszle, Redzwani Puteri semoga tabah dan kuatkan semangat untuk menghadapi segala cabaran mendatang. Walaupun hati sedikit tercalar mungkin, hidup anda mesti diteruskan apa pun sentiasa positif dan hepi selalu! – BeautifulNara

0 comments:

Post a Comment