Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

One Comment
Ustaz Don Daniyal telah menjawab mengenai persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh kompilasi video yang menampilkan isi ceramah oleh Don yang dipotong sekerat-sekerat oleh seseorang.

Isu ini hangat minggu lepas, apabila video ceramah Don yang dipotong sekerat-sekerat dan dimuat naik oleh seorang individu Facebook yang menggunakan nama Nur Puteri Diyana. Isu ini seterusnya menjadi hangat apabila bekas pengacara TV3 Wardina Safiyyah Fadhlullah Wilmot mengongsikan video itu di laman Facebooknya beserta satu kenyataan:-


Wardina melalui akaun Instagramnya turut memuat naik satu gambar beserta kecaman berunsur sinis mengenai pengikut yang dipimpin ulama yang buta ke lubang neraka.


Entri ini telah dipadam oleh Wardina setelah menerima kritikan dari orang ramai.

Melalui rancangan ’30 Minit Bersama Ustaz Don Daniyal’ yang disiarkan di TV Al-Hijrah semalam, Don telah memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh video kompilasi tersebut, iaitu tentang Bani Tamim, telaga Barahut dan Ikhwanul Muslimin.







Dalam video tersebut Don juga turut mengatakan yang sekiranya bertanya, perlu ada tanda soal. Ini dikira mungkin jawapan Don kepada kenyataan Wardina yang sebelum ini, setelah menerima kecaman pelbagai pihak, mengatakan dia sekadar bertanya kerana mencari kebenaran.

Don juga bertanya kepada Wardina setelah meminta maaf dengan lembut:-

Bagaimana saudari boleh wujud di dunia ini dalam keadaan orang berkata macam-macam tentang saudari?

Don bagaimanapun meminta agar pengikut kedua-dua pihak berhenti bergaduh dan ada menyebut tentang Wardina pernah menginspirasikan orang lain untuk memakai tudung.

Don juga menyebut tentang jawapan Ketua Pengarah Eksekutif TV Alhijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah yang mengatakan kepada pembuat video-video sekerat iaitu:-

Bertakwalah pada Allah.

Penjelasan lengkap telah turut diberi oleh rakan-rakan Ustaz Don seperti yang dilaporkan di laman ini.

1 comments:

  1. Beza dakwah ASWJ dgn Wahabi....Aswj berdakwah untuk Mahabbah namun Wahabi untuk cari salah...

    Mereka boleh pula percaya pada kitab ulama ulama Wahabi kenapa tidak pada ulama ulama lain

    ReplyDelete