Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menerima kunjungan hormat Duta Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini.

Dalam pertemuan sejam itu, Abu Zahar dan Miyagawa berbincang tentang pengukuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara di samping bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai perkara.

Abu Zahar ketika ditemui pemberita selepas itu berkata selain berbincang tentang isu pengukuhan ekonomi, pendidikan dan pembangunan kedua-dua negara, perbincangan itu turut berkisar sekitar perkembangan misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang Jepun turut memberi bantuan dari segi kemudahan teknologi dalam misi itu.

“Beliau (Miyagawa) juga melahirkan rasa simpati kepada Malaysia terhadap kehilangan pesawat MH370 dan menyatakan Jepun akan terus memberi bantuan untuk mencari pesawat itu sehinggalah ia dijumpai,” katanya.

Kunjungan Miyagawa itu adalah yang pertama selepas dilantik menjadi Duta Besar Jepun di Malaysia pada 31 Mac lepas menggantikan Shigeru Nakamura yang bersara Februari lepas. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment