Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 14, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan pihak pengurusan Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) susulan rancangan universiti itu untuk menutup operasinya.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata perbincangan itu bagi mengenal pasti punca AiU mahu menghentikan operasi.

Jika rancangan itu diteruskan, kementerian akan mencari jalan bagi membantu warga kerja dan pelajar AiU termasuk menempatkan mereka di institusi lain, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Idris sebelum itu mengesahkan kementerian menerima surat daripada AiU memaklumkan tentang penutupan operasinya.

Operasi universiti yang ditubuhkan oleh Yayasan Albukhary itu dilapor akan ditutup Jun ini.

AiU yang terletak di Alor setar, Kedah dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntut yang rata-rata daripada golongan susah dari seluruh dunia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment