Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana kesalahan menyimpan harta curi iaitu sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM360.

Majistret Siti Shakirah Mokhtarudin menjatuhkan hukuman itu selepas Zaki Nejib Hamzah, 43, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyimpan harta curi itu di Flat Sri Selayang, Jalan Tiong Nam, Dang Wangi di sini pada 3.35 pagi, 6 April lepas.

Mengikut fakta kes, anggota polis yang membuat rondaan di kawasan itu telah melihat Zaki Nejib berkelakuan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan, polis menjumpai wang, sebuah telefon bimbit beserta kad SIM dalam kedua-dua poket hadapan seluar tertuduh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Vasugi manakala Zaki Nejib tidak diwakili peguam. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment