Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

LONDON – Manchester United hari ini mengumumkan David Moyes belum lagi dipecat sebagai pengurus pasukan, namun enggan mengulas laporan media Britain bahawa terdapat kemungkinan memecatannya akan dilakukan hujung musim ini.

Jurucakap Manchester United dalam satu emel berkata: “David Moyes belum lagi dipecat”.

Bagaimanapun, ketika mengulas sama ada beliau akan dipecat sebelum penghujung musim ini, beliau berkata: “Kami enggan mengulas mengenai spekulasi itu”.

Beberapa akhbar tempatan mendakwa, Manchester United sudah memutuskan untuk memecat David Moyes selepas mengharungi musim mengecewakan.

Sementara itu, Sky Sports News melaporkan bahawa Moyes bakal dipecat dalam tempoh 24 jam. – AFP

0 comments:

Post a Comment