Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Polis sudah memanggil seramai 205 individu untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata jumlah itu adalah sehingga petang semalam dan pihaknya juga akan menyemak semula beberapa keterangan yang sudah direkodkan untuk memperinci siasatan.

“Sesiapa saja yang ada kaitan dengan penerbangan pesawat itu akan disiasat,” katanya pada sidang media di Dewan Asoka, Buddhist Maha Vihara, di sini tadi.

Beliau sebelum itu menghadiri aktiviti keagamaan Buddha sempena Peringatan Hari Polis ke 207 di dewan berkenaan.

Mengulas ketika ditanya samada syarikat penyedia makanan untuk penerbangan MH370 akan disiasat, Khalid berkata tiada pihak yang terkecuali dari siasatan. - BH Online

0 comments:

Post a Comment