Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

KUANTAN – Pihak sekolah dinasihatkan supaya tidak menyembunyikan kejadian jenayah dan salah laku yang melibatkan pelajarnya semata-mata untuk menjaga reputasi dan nama baik sekolah.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata sebaliknya, pihak sekolah perlu segera tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

“Saya nasihatkan pihak sekolah supaya berhubung dengan pegawai perhubungan sekolah yang dilantik untuk mendapatkan pandangan serta tindakan sebaik mungkin.

“Saya percaya ada pihak sekolah yang lebih selesa mengenakan tindakan disiplin sendiri, tetapi adalah lebih baik jika mereka melaporkannya sebarang kes jenayah yang dilakukan oleh pelajar itu kepada polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan papan kenyataan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah-sekolah peringkat Kontinjen Pahang 2014 dan perasmian penutup Minggu Anti Dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Chempedak di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Cawangan Khas Pahang Datuk Riduan Hashim dan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendiddikan Pahang Mohd Raaof Jali.

Sharifuddin berkata program itu bertujuan memberi bimbingan dan kesedaran kepada pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, dan insitusi
pengajian tinggi dalam usaha mencegah perlakuan jenayah dan gejala sosial dalam kalangan mereka.

“Pada masa sama, program seperti ini dapat mencegah vandalisme, buli, salah laku jenayah, penglibatan pelajar dalam kongsi gelap dan gejala sosial.

“Papan kenyataan kelab pencegahan jenayah juga akan dijadikan platform untuk menyampaikan berita terkini dan isu semasa berkaitan aktiviti kelab dan artikel kesedaran pencegahan dan banteras jenayah,” katanya.

Untuk permulaan, sebanyak 23 unit papan kenyataan kelab akan diagihkan ke semua daerah di seluruh Pahang.

Dalam perkembangan lain, Sharifuddin berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 88 kes tangkapan melibatkan pelajar sekolah dengan 56 kes daripadanya melibatkan pergaduhan.

Bagi tempoh sama, sebanyak 56 kes penyalahgunaan dadah melibatkan pelajar sekolah di negeri ini turut direkodkan dengan 41 daripadanya merupakan kesalahan penagihan, manakala selebihnya kes pemilikan dadah. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment