Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengakui Universiti Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya, Kuala Selangor dekat sini mengalami kerugian kira-kira RM37 juta, berikutan bilangan penuntut di universiti itu merosot sejak 2009.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata faktor kedudukan kampus yang jauh dari asrama telah menyumbang kepada kemerosotan bilangan penuntut universiti itu dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

Keadaan itu disebabkan kedudukan asrama jauh daripada kampus menyebabkan pelajar tidak berminat untuk menyambung pengajian di universiti itu, katanya semasa menjawab soalan tambahan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai panjang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Buat masa ini, penuntut Unisel itu ditempatkan di asrama sementara di Kota Puteri iaitu kira-kira 17km dari kampus universiti itu.

Ini berikutan bangunan asrama yang sedia ada dalam kawasan universiti berkenaan sedang dibaik pulih kerana mengalami keretakan.

Sementara itu, Budiman yang ditemui pemberita di lobi dewan berkata beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan Halimah.

Katanya, faktor penginapan bukan sebab utama menyumbang kepada kekurangan bilangan penuntut di universiti itu.

“Banyak sebab lain, mungkin tiadanya promosi dan kegagalan pihak berkaitan menguruskan hal-hal pentadbiran universiti itu,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment