Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 21, 2014

No Comment
Sebahagian daripada penambakan tanah yang dilakukan berdekatan dengan Link Kedua Johor.
PETALING JAYA: Proses menambak tanah bagi pelaksanaan projek mega berdekatan Laluan  Kedua Johor mendapat perhatian negara jiran di seberang tambak negeri berkenaan.

Projek yang dinamakan Forest City  melibatkan beberapa pulau berdekatan dengan keluasan 2,000 hektar, iaitu lebih besar daripada Pulau Tioman. Pelaksanaan projek ini dikatakan boleh memberi kesan kepada Singapura.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah menulis surat kepada pemimpin negara, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kesan projek berkenaan.

Susulan itu, nota turut dihantar kepada Kementerian Luar antara dua hingga tiga bulan lalu mengenai perkara tersebut.

Satu lagu surat diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar ketika beliau berada di Singapura untuk mesyuarat dua hala, baru-baru ini.

Singapura mula menyuarakan kebimbangannya, selepas The Star pada Mac lalu menyiarkan laporan mengenai projek yang dijalankan oleh Country Garden Holdings Co Ltd China dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor.

Projek ini melibatkan penebusgunaan tanah untuk membina rumah mewah di pulau-pulau buatan manusia di Pendas, selatan Johor.

Setakat ini, tidak ada laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) ke atas projek tersebut dikeluarkan. Bagaimanapun, penambakan pada keluasan kurang daripada 50 hektar tidak memerlukan EIA.

Dalam laporan The Star baru-baru ini, Presiden Serantau Country Garden Malaysia, Kayson Yuen berkata, syarikat itu membuat kajian mengenai projek mega ini lebih setahun sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Nota pertama dari diplomatik Singapura  meminta Malaysia menyediakan semua maklumat relevan, termasuk laporan EIA dan jangkaan siap projek.

Singapura kemudian meminta penjelasan dan penerangan melalui nota kedua berikutan jaminan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini mengatakan kerja penambakan itu tidak akan menjejaskan alam sekitar.

Menteri Besar memberi jaminan bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan notis kepada pemaju, Negara Taman Pacific View Sdn Bhd, untuk menyediakan pelan tindakan jika masalah mendapan berlaku disebabkan oleh kerja penambakan.

Sumber berkata, kebimbangan yang dibangkitkan oleh Singapura perlu diambil serius.

Jelas sumber tersebut, Singapura memilih untuk menimbulkan kebimbangan di peringkat kerajaan walaupun pembangunan tanah terletak di bawah bidang kuasa negeri untuk menunjukkan bahawa republik itu mengambil isu ini dengan serius.

"Ia menjadi isu negara apabila negara merentasi sempadan terlibat.

"Singapura boleh menggunakan semua saluran untuk membangkitkan perkara itu supaya Malaysia memandang serius isu ini," kata sumber itu.

Terdapat juga kebimbangan bahawa Singapura boleh mengemukakan bantahan kepada Tribunal Undang-Undang Laut Antarabangsa  (ITLOS) di Hamburg ke atas projek ini.

Sebelum ini, Malaysia pernah membuat bantahan ke ITLOS pada 2003 apabila Singapura mula melakukan penambakan tanah seluas 5,214 hektar di timur dan barat Selat Johor.

ITLOS kemudian mengarahkan kedua-dua negara untuk menjalankan kajian bersama dan mencadangkan langkah menanganinya dengan melakukan tebatan di Tuas dan Pulau Tekong.

ITLOS juga mengarahkan Singapura supaya tidak menjalankan penambakan yang boleh menyebabkan kerosakan atau kemudaratan kepada persekitaran marin di kawasan ini.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment