Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 3, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput menyertai Program ‘Try Zero G’ buat kali keempat anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan berpeluang berkongsi idea bersama Angkasawan Jepun di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Menurut kenyataan Angkasa di sini hari ini, program pendidikan itu memberi penekanan untuk berfikir secara kreatif dengan menggunakan aplikasi sains dan fizik yang mudah.

“Orang ramai dijemput menyertai program ini dengan menyumbang idea dan cadangan aktiviti eksperimen yang sesuai untuk dijalankan di ISS,” menurut kenyataan itu.

Angkasa percaya, menerusi program itu ia dapat memberi pendedahan dan pendidikan mengenai perbezaan ciri-ciri dan ruang persekitaran antara 0G (di ISS) dan 1G (di Bumi).

“Angkasa berharap dengan adanya pertandingan ini ia akan membantu kerajaan untuk mendekatkan bidang sains dan teknologi kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.

Borang penyertaan boleh didapati di www.angkasa.gov.my/tryzerog/ dan cadangan perlu dihantar melalui pos atau e-mel atau mengisi borang penyertaan di laman sesawang sama, selewat-lewatnya, 31 Ogos ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Jong Tze Kian atau Asmidar Zainol di talian 03-2273 4303 atau layari laman sesawang Angkasa atau Facebook Angkasa.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment