Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 3, 2014

No Comment

Buat pengguna Unifi yang melanggan pakej HyppTV dan merancang untuk menonton siaran langsung kesemua 64 perlawanan akhir Piala Dunia FIFA di Brazil bulan depan, ada berita mengecewakan buat anda.

Telekom Malaysia (TM) hari ini memberikan kenyataan, HyppTV tidak berjaya menerima hak penyiaran untuk Piala Dunia FIFA 2014, sekaligus bermakna ia tidak akan disiarkan melalui platform mereka.

HyppTV merupakan perkhidmatan IPTV daripada TM yang ditawarkan bersama pakej UniFi dan juga Streamyx. Baru beberapa tahun memasuki pasaran, ia menjadi sebab mereka terlepas bidaan untuk hak penyiaran tersebut.

Selain itu, HyppTV juga tidak berjaya mendapat kerjasama beberapa pihak lain untuk penyiaran perlawanan bola sepak yang dinantikan ramai itu melalui platform mereka. Sebagai contoh saluran RTM akan digelapkan di HyppTV ketika siaran Piala Dunia FIFA ditayangkan.

TM mengakui agak kecewa dengan perkembangan ini memandangkan saluran RTM adalah berkonsepkan FTA (Free-To-Air) jadi ia sepatutnya dibuka untuk diakses melalui perkhidmatan HyppTV tanpa sebarang masalah. Prinsip saluran FTA sepatutnya percuma dan tidak perlu digelapkan seperti bakal dilakukan RTM.

Di Malaysia, Astro mendapat hak eksklusif untuk siaran kesemua 64 perlawanan langsung bola sepak Piala Dunia FIFA 2014, sebaliknya RTM pula mempunyai hak penyiaran untuk 35 perlawanan langsung dan tertunda.

Selain HyppTV, Media Prima juga tidak mendapat hak penyiaran untuk perlawanan Piala Dunia 2014, termasuk ABN Access.

Sebagai ganti kekecewaan ini, HyppTV akan menawarkan beberapa kandungan secara percuma kepada pelanggan mereka termasuk saluran HyppTV 888 yang menyiarkan pelbagai filem Malaysia dari 12 Jun hingga 13 Julai dan juga saluran RTL CBS Extreme HD selama tiga bulan (bermula 1 Jun hingga 31 Ogos).

Sumber: hzqahmd / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment