Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 16, 2012

2 comments
Dulu pernah kecoh bendera Malaysia diconteng dan dibakar oleh puak2 pelampau Indonesia bila berlaku apa2 isu yang melibatkan 2 negara ini. Bendera merupakan lambang sesebuah negara, maka perbuatan seperti ini memang sangat melampau dan tidak wajar seakan2 menghina kedaulatan sesebuah negara. 


Itu cerita orang luar, tapi lebih menyedihkan bila orang negara kita sendiri tidak menghormati bendera, lagu kebangsaan dan hari kemerdekaan kita. 






1. Bendera Malaysia 

So what kalau bendera kita seakan2 bendera USA? So what kalau lagu kebangsaan kita diadaptasi dari lagu Mamula Moon atau Terang Bulan? Ni antara negara yang mempunyai rekabentuk bendera yang mempunyai konsep hampir sama dengan bendera USA yang mempunyai kotak/lambang serta garisan lajur berbelang:

USA

Malaysia

 Liberia

Puerto Rico

Uruguay

 Greece

Cuba

Apa? Negara lain punya bendera sangat original? Tengok berapa banyak bendera negara lain yang boleh dibina dengan bendera Norway:



Kemudian Hishamudian Rais a.k.a Tukar Tiub kata nak tukar bendera Malaysia dengan bendera lain yang diadaptasi dari bendera Indonesia kerana warna merah putih dikatakan mempunyai motif nusantara kalau Pakatan Rakyat menang pilihanraya dan membentuk kerajaan baru... Walau sebelum ni aku difitnah kat blog TT kat siniada orang komen kutuk Hishamudian Rais guna nickname Prince of Noob aku yang glamour ini, tapi seriously... gila ke hapa? Dari kita tiru Indon baik la tiru je US, at least US takde la nak gelarkan kita pencuri, malingsia dan lain2 gelaran bodoh.

Ini bendera Indonesia:

Indonesia

Ni bendera Singapura yang dikatakan hampir dengan bendera Indonesia yang juga mempunyai motif nusantara.

Singapura

Bendera ni juga mempunyai motif Sang Saka merah putih. 

United Malays National Organisation

So kesimpulannya negara kita perlu ubah bendera Jalur Gemilang kita seperti bendera Indonesia dan Singapura, atas dasar kita pada suatu ketika dahulu satu rumpun Nusantara? 


Wow... hebatnya. Barulah nak tau kita ni serumpun. Rasa2 orang Indon mengaku ke mereka juga merupakan bangsa Melayu dan mengakui kita ni serumpun dengan mereka? Di Singapura pula orang Cina dah conquer, orang Melayu semakin hilang nilai melayunya... Nusantara lah sangat! Kalau bendera sahaja melambangkan Nusantara tapi hakikatnya tidak mengaku Melayu dan hilang jatidiri Melayu apa guna? Sekarang bendera UMNO pun dah macam tu, kalau ubah bendera negara nanti pasti akan ada suara kata bendera kita bermotif politik meniru UMNO, padahal bukan UMNO pun yang cadangkan penukaran bendera.


OK yang ni pula bukan bendera Indonesia... seriously:

Monaco

Jauh betul pengaruh jajahan nusantara ni sampai ke Monaco. Mungkin ada konspirasi Iluminati dan gerakan Freemason yang rancang semua ni sejak dahulu lagi untuk melemahkan bangsa melayu raya.

 Poland
Greenland
Gibraltar

Sejarah asal usul bendera Malaysia atau Jalur Gemilang boleh tengok kat Wikipedia, versi teori konspirasi pula boleh tengok kat Youtube. Tak kisah macam mana pun asal usulnya ciplak dari mana pun, yang penting rekabentuk bendera Malaysia tu dah diluluskan oleh mana2 parti politik tapi telah diperkenan oleh Majlis Raja-raja. Bendera2 negara lain pun banyak yang diadaptasi dari bendera pelbagai negara, nasib bendera kita takde lambang Union Jack je. Bendera Malaysia kita dah pakai lama dan sudah sebati dengan kita sejak merdeka lagi, so tak perlu nak ubah2 dan merendah2kan martabat bendera kita sendiri.

Bukannya ada apa2 yang busuk yang boleh menyebabkan kita benci pada negara dan hilang jatidiri pun pakai bendera sekarang ni. Kalau kita ubah pun macam kat atas tu, still orang Indon akan kata kita tiru dia, orang Monaco cakap kita perasan nak jadi orang Monaco. Pusing2 macam mana pun bendera kita tetap akan hampir sama dengan bendera negara lain dan berbentuk segiempat. Bendera yang betul2 ori dan tak tiru negara lain cuma bendera Nepal sahaja, tapi itu pun still ada lambang bintang dan bulan sabit, tiru bendera Malaysia ka?

Nepal

Tapi yang penting, bendera Malaysia sekarang bebas dari pengaruh politik dan takde langsung nampak seakan2 bendera UMNO ke, BN ke, PAS ke, PKR ke, DAP ke.


2. Lagu Negaraku

Ok tu kisah nak tukar bendera, lagu kebangsaan Negaraku pun nak ubah jugak. Pakatan Rakyat belum pun dapat memerintah negara tapi dah macam2 nak ubah. 

Ni lagu Mamula Moon.


Ni lagu Terang Bulan.


Ni lagu kebangsaan Malaysia - Negaraku.


OK melodinya sama, so apa masalahnya? Benda dah berlaku zaman nenek moyang bertahun2 dahulu sebelum merdeka lagi dan lagu tu pun telah diperkenan oleh Majlis Raja2 bukan orang UMNO pun, malah penggubah asal melodi lagu ni dari Perancis, Pierre Jean de Beranger pun dah mati dan keturunan cucu cicit dia pun takde claim copyright infringement apa ke hak cipta ka patent ke, so nak bising kecoh2 lagi kenapa?


3. Hari Kemerdekaan

Aku tak kisah kalau orang nak kutuk BN ke UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke aku peduli apa, tapi aku cukup sakit hati bila orang cuba nak merendah2kan MALAYSIA. Sama seperti aku kutuk logo dan lagu murahan untuk Hari Kemerdekaan ke-55 #Janjiditepati oleh Rais Yatim, aku cukup berbangga bila ramai rakyat Malaysia tampil menunjukkan rekaan logo hari kemerdekaan alternatif yang lebih cantik dan kreatif, malah ada juga yang menggubah dan menyanyikan lagu kemerdekaan sendiri yang lebih patriotik.


Tapi bila ada pula rakyat Malaysia sendiri yang cuba merendah2kan dan menghina Hari Kemerdekaan dengan mencipta logo yang bermotifkan zakar atau penis yang sedang beronani serta mempunyai elemen2 bendera Malaysia di dalamnya memang sangat menyayat hati, malah sampai menyifatkan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957 dan Hari Pembentukan Malaysia 16 September 1963 sebagai Hari Malapetaka adalah sangat tidak wajar. Walau kita merdeka secara rundingan dengan pihak British, ataupun sekiranya kita merdeka dengan kekerasan di bawah payung yang lain, kita tetap sudah merdeka, kalau tidak merdeka dengan acuan British seperti yang ada pada hari ini, mungkin dengan acuan Komunis, walau macam mana sekalipun sejarah telah tertulis. Kalau ada apa2 yang perlu diubah adalah perkara pada masa sekarang dan yang akan datang, bukan perkara masa silam.

Namun yang paling menyedihkan adalah sampai begitu sekali hilangnya jatidiri seorang warganegara Malaysia apabila sanggup menghina, merendah dan menjatuhkan martabat negara. Kalau bendera negara, lagu kebangsaan dan hari kemerdekaan negara sendiri pun sudah tidak dihormati, anda nilailah sendiri adakah orang seperti ini masih layak digelar warganegara Malaysia? 

2 comments:

  1. PKR? Dalam al-quran pon ad ckp "mereka yang menderhaka kepada pemerintah adalah mereka yang akan dilakhnat Allah" ha tgk lah..sejak PRU-1 mne pnh ad parti lain jadi pemerintah. So? Bukak otak seluas2nye dan fikir.

    ReplyDelete
  2. hanya orang melayu di malaysia yang mencampur adukkan 1.politik dengan agama
    2. politik dengan bangsa
    3. politik dengan semangat kebangsaaan.

    Hanya melayu malaysia saja yang bodoh sombong dan penakut serta pengecut.

    apabila satu melayu seperti ini duduk semeja dengan bangsa asing..
    1. terasa megah..
    2. apabila bangsa asing ini mengutuk berkenaan negaranya sendiri..si melayu ini turut sama mengia..kan.
    3 apabila bangsa asing ini mengutuk berkenaan bangsanya si melayu ini turut sama mengia..kan.
    4. apabila bangsa asing ini mengutuk berkenaan agamanya sendiri..si melayu ini turut sama mengia..kan.
    5.apabila si bangsa asing mengutuk kebodohan si melayu ini...si melayu ini turut mengiayakan
    6. apabila si bangsa asing ini mengatakan si melayu ini tidak tahu memerintah negara dengan betul..si melayu ini menjemput dan mempelawa si bangsa asing memerintah bagi pihak melayu.

    mengapa????
    -kerana si melayu ini mahukan si bangsa asing ini menerimanya duduk semeja dengan mereka.
    -kerana si melayu ini mudah di bodek dengan kata-kata manis..awak betul..awak pandai..awak tidak macam mereka yang lain.
    -Jadi si pengecut dan si bodoh melayu ini lena dalam puji-pujian yang melangit..bangga di puji oleh sibangsa asing. akhirnya semuanya diserahkan kepada sibangsa asing.

    sibangsa asing tersenyum memandang betapa bodohnya si melayu ini yang boleh diperbodohkannya hanya dengan kata-kata pujian.

    Moralnya..
    semua melayu kena berani bercakap benar bukan menjadi pak turut. kalau bangsa asing bercakap sesuatu yang salah..katakan mereka salah.

    tidak rugi kalau tidak duduk dengan sibangsa asing
    tidak rugi jika tidak di puji oleh bangsa asing.

    tak kan melayu tak kenal si kitul

    Reuabxcaz

    ReplyDelete