Secara
jujur bcd jarang melayan drama Tanah Kubur. Namun daripada apa yang
diberitahu oleh rakan-rakan dan ahli keluarga, drama ini penuh dengan
keinsafan dan pengajaran. Membaca Mingguan Malaysia semalam, bcd
tertarik dengan tulisan seorang pembaca yang mengkritik drama ini.
Kalau
tak silap bcd, ini adalah kritikan kedua yang dikeluarkan oleh Mingguan
Malaysia ke atas drama ini. bcd selitkan apa yang ditulis semalam untuk
tatapan anda:-
Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan komen Puan Jamilah dari Kuang Selangor yang mana daripada beberapa sudut memang cerita yang dipaparkan dalam Tanah Kubur agak berlebihan. Setiap minggu saya mengikuti siri ini tetapi lima minit bermula kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dan bagaimana ia digambarkan.Yang peliknya tidak mungkin kesemua jenazah yang meninggal itu berwajah buruk dan berulat. Memang benar balasan Allah SWT itu adalah pasti tetapi Allah jua tida akan mengaibkan jenazah tersebut. Bertambah pelik apabila setiap kali jenazah tidak disempurnakan misalnya tidak dimasukkan ke liang lahad, tidak muat, jenazah terlalu berat dan ada ular, kesemuanya itu dapat diselesaikan dengan doa Tok Adi sahaja.Memang Tok Adi itu digambarkan seorang yang warak tetapi janganlah watak tersebut dilihat terlebih pula. Kadang-kadang penyebab kematian pun macam tidak logik. Setiap episod akan berdepan dengan kematian sedangkan untuk memberi pengajaran tidak semestinya mati dengan keadaan yang digambarkan sangat teruk.
Menarik
juga tulisan si pembaca ini. bcd tak boleh nak komen sebab jarang
menonton drama Tanah Kubur ini. Namun bcd pasti ramai di antara pembaca
dhanian.blogspot merupakan pengikut setia drama ini. Apa kata anda?
Adakah ianya memang berlebihan dan tidak wajar? Sila sharekan pendapat
anda di ruangan komen.
hm....drama ini memg dibuat untuk memberi keinsafan dan pengajaran pada penonton..so xsalah kalo mati keadaan yang digambarkan sangat teruk..sebb ini tidak mustahil...
ReplyDeleteOr... pengkritik ade wat salah satu kesalahan yang berlaku dalam episod tanah kubur ???
mcm ade ssorang yg terase la 2. wink2 wink2( tidak ditujukan untuk org2 yg xterase )
ReplyDeleteperkara ni tak mustahil, berlebih2an katanya? masuk kubur baru tau lebih2an yg lg dahsyat. bab doa tok adi pula.. itu just nak menggambarkan kita kena berdoa.. dan tok adi ja yang berdoa sebab tugas dia sempurnakan mayat tu, boleh ja kalau orang lain nak doa, kena tambah pelakon la. cetek sgt pemikiran org yg komen kritikan tak membina tu. apapun wallahualam :)
ReplyDeletexpe lebey2,manusia skrg ni pon dh lebey2...
ReplyDeleteApe salah cite tu..memang terbaik...ape yg berlebihan nye..amek positif...bila lagi nak bagi keinsafan dekat org islam...antara pndedahan trbaik...
ReplyDelete