Untunglah kaya
Sejak kebelakangan ini hampir kesemua syarikat penerbangan utama dunia melalukan pembaharian kepada tempat duduk penumpang kelas pertama dan perniagaan. Singapore Airlines memberikan kemewahan dengan meletakkan kabin privasi kepada penumpang kelas pertama mereka.Virgin Atlantic juga tidak ketinggalan dan menghasilkan kabin pseudo futuristik.
Liufthansa, syarikat penerbangan dari Jerman juga tidak mahu ketinggalan dan memperlihatkan konfigurasi terkini kabin kelas perniagaan mereka. Berbeza dengan kabin sebelum ini, kabin rekaan terbaru disusn pada konfigurasi huruf V. Alasan yang diberikan ialah apabila kubikel disusun seperti bentuk huruf V, ruangan kaki untuk penumpang mengunjur adalah lebih panjang. Kabin terbaru ini memberikan ruangan unjuran kaki dan tidur yang selesa kepada individu setinggi 6 kaki 5 inci. Jika adan di bawah ketinggian ini anda akan selesa menggunakan kerusi terbaru Lufthansa ini. Jika anda tinggi macam Yao Ming bad luck for you buddy. Selain daripada itu sistem hiburan terbina dalam menggunakan skrin sebesar 15 inci. Ini adalah lebih besar dari kebanyakkan syarikat penerbangan lain yang hanya menggunakan skrin 10 inci. Nampak nice. Sesungguhnya best jadi orang berduit. Dalam kapal terbangpun selesa. Bagi marhaen macam kami ini tengok dan jelly sahajalah yang mampu!
0 comments:
Post a Comment