Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 11, 2012

No Comment

Anda tengok ‘aksi ala akrobatik’ si Mia, geram dibuatnya, kan?! Comel! Semalam. Menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelakon cilik berbakat besar, adik Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan. Majlis yang diadakan di restoran Dominos Pizza bertempat di The Weld ni memang meriah. Selain adik Mia, pelakon Elfira Loy dan penyanyi Kaka Azraff pun turut hadir.
Disamping Kaka yang turut menghiburkan kami dengan lagu hitsnya, Bawa Ku Pergi. Sekalian yang ada juga sangat terhibur melihat gelagat juga teletah adik Mia.
Bagi yang mungkin belum tahu, baru-baru ini Mia dirai sebagai Pelakon Termuda dalam Festival Filem Malaysia (FFM) oleh Malaysia Guinness Book of Records. Kanak-kanak.
Setakat hari ini, Mia puasa penuh okay! (Jadi, bagi yang puasanya kantoi tanpa alasan yang kukuh, sila bawa-bawa lah rasa malu sikit ya).
Mengenai persiapan raya, tahun ni Mia beraya bersama ibunya di Johor Bahru. Mia akan berada di kampung lebih kurang seminggu. Baju raya Mia tahun ni? Ada 11 pasang!
Kalau setiap kali tiba hari raya, menurut papanya, saat yang dinanti-nantikan Mia adalah bermain bunga api dan mercun (tapi bukan lah mercun yang berbahaya). Sementara juadah raya yang paling digemari Mia ialah nasi impit, serunding dan kuah kacang dan Mia memang tak boleh miss biskut almond london dan kuih tart.

Sumber - 2DayBlogger

0 comments:

Post a Comment