Rozita che wan : hanya lelaki kacak dan kaya sesuai jadi suami saya -
Berkemampuan adalah perkataan kiasan oleh wanita untuk gambarkan lelaki
yang kaya dan berharta. Jadi, buang saja perkataan berkemampuan itu dan
guna saja dengan kaya dan berharta. Heh.
Siapakah lagi yang jujur di hari raya Aidilfitri nan mulia ini? Ya,
insan itu ialah Rozita Che Wan dan beliau mengakui dirinya kini sedang
mencari lelaki kacak dan kaya. Melalui mStar Online, Rozita Che Wan berkata beliau mempunyai kriteria tersendiri sebelum berkawan dengan mana mana lelaki terutamanya yang muda.
Lebih menarik kriteria yang disenaraikan oleh Rozita memang menampak
beliau demand tetapi beliau mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat
demikian.
“Saya suka lelaki yang kacak, tidak banyak kerenah & matang dalam
menangani hubungan, bukannya lelaki yang perlu saya bimbing.”
“Apa yang menyakitkan kalau ditipu oleh lelaki biasa yang kekurangan
banyak aspek. Sebab itu, saya lebih rela mencari kekasih yang kacak dan
berharta,” kata beliau.
Dan kenyataan itu keluar kerana beliau memikirkan risiko yang ditanggung
jika bercinta dengan lelaki biasa mempunyai banyak kekurangan. Jadi
lebih baik bercinta dengan lelaki yang ‘sempurna’.
0 comments:
Post a Comment