Norish karman mengaku lahir anak luar nikah : "Mula-mula saya runsing
untuk memberitahu kelahiran Haq kepada peminat & media, tetapi
selepas tersebar di internet, saya lega,” ujar Norish Karman.
Haq yang di’katakan adalah Haq Lutfie Alexander yang lahir pada 24
September 2011 di sebuah hospital swasta di Subang Jaya & memang
anak kandung Norish Karman. Beliau juga meminta semua pihak supaya tidak
mempersoal status Haq Lutfie Alexander dalam hidup beliau.
“Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia hadir itu adalah urusan
antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi
perkara yang lepas”
Menjawab fitnah yang berlegar di’sekitar kelahiran anak bongsu beliau
ini, Norish Karman berkata “Saya seorang anak, wanita & ibu, saya
tidak akan membuat perkara tidak elok.”
Norish Karman turut mengakui dari awal usia kandungan beliau sehingga
tujuh bulan, ada pihak yang memaksa dirinya untuk gugurkan kandungan
yang ada.
“Saya seorang ibu, naluri keibuan saya sangat kuat.
Saya berani pertahankan kandungan ini meskipun saya tahu hidup saya akan
susah kerana akan menjaganya seorang diri,” ujar Norish Karman.
0 comments:
Post a Comment