Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, June 2, 2014

02
Jun2014
No Comment

ARAU – Pasukan taekwondo Perlis hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila meraih emas pertama mereka selepas 17 edisi Sukan Malaysia (Sukma) diadakan.

Perlis meraih emas itu menerusi Nur Ira Fazierah John, 20, yang mencipta kejutan menundukkan atlet kebangsaan Shirley Kua dengan mudah 7-2 bagi kategori berat melebihi 73kg wanita.

“Lawan saya atlet kebangsaan, saya hanya sasar perak, tapi tidak sangka dapat tewaskan Shirley,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Kolej Matrikulasi Perlis, di sini.

Atlet yang menerima bimbingan jurulatih dari Thailand, Pun Saardeium dan empat lagi jurulatih tempatan hanya melakukan persediaan selama enam bulan sebelum Sukma ke-17 bermula.

Lebih manis ini penyertaan pertamanya, kata gadis itu yang menghadiahkan kemenangan kepada keluarga, kontinjen Perlis dan juga skuad taekwondo Perlis.

Pingat gangsa acara itu dikongsi oleh atlet Pahang Nur Ailin Ruslani dan atlet Perak Nadia Musa.

Bagi kategori bantam berat melebihi 49kg dan tidak melebihi 53kg, pingat emas diraih oleh Nur Dhia Liyana Shaharuddin dari Terengganu, diikuti oleh atlet Selangor A. Nanthini.

Atlet Negeri Sembilan Mas Haziqah Saifuddin dan Puteri Rabiah Zakyron (Wilayah Persekutuan) masing-masing berkongsi pingat gangsa.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment