Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 22, 2014

22
May2014
No Comment

GEMAS – Gunung Ledang, yang selalunya hening dan damai, bergegar hari ini apabila Tentera Darat Malaysia mempamerkan kehebatan daya bedilannya dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

Ternyata, demonstrasi tahunan di Kem Tentera Darat Tuanku Syed Sirajuddin ini bukan untuk tontonan mereka yang lemah semangat kerana ia tidak ubah seperti medan perang sebenar apabila semua persenjataan diuji pada skala penuh.

Demonstrasi itu turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Pemangku Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei Kol Pengiran Datuk Paduka Aminan Pengiran Mahmud; dan lebih 100 anggota tentera dari seluruh dunia, termasuk New Zealand, Australia dan Pakistan.

Daya bedilan pasukan darat dan udara Malaysia dipamerkan melalui eksesais tembakan sebenar melibatkan lebih kurang 1,000 anggota tentera; lebih 50 senjata pelbagai kaliber; lebih 20 kenderaan perisai; dan empat jet pejuang.

Bermula 9.30 pagi, demonstrasi ini diadakan dalam dua segmen – segmen pertama memberi fokus kepada penggunaan senjata tembakan terus yang mempamerkan kemampuan bedilan Tentera Darat Malaysia, diikuti demonstrasi pasukan udara bagi menyokong operasi darat serta sistem bedilan meriam tidak langsung.

Bintang utama dalm demonstrasi ini ialah kereta kebal utama tentera Darat Malaysia PT-91M dikenali sebagai ‘Pendekar’ yang diperoleh pada 2003 dan dikatakan mampu menyaingi kehebatan kereta kebal terkenal Amerika M1 Abrams.

Penonton tergamam apabila empat kereta kebal ‘Pendekar’, yang dilengkapi bore gun 125mm, melepaskan tembakan bertalu-talu dan menghasilkan gelombang kejutan yang boleh membuat seseorang terpelanting dari tempat duduknya.

Selain ‘Pendekar’, sejenis lagi kenderaan tempur berperisai turut menarik perhatian ramai, bukan kerana kehebatan daya bedilannya, tetapi berikutan khidmat cemerlangnya dalam pencerobohan di Lahad Datu. Kereta berperisai jenis ACV-300 ini dikenali sebagai ‘Adnan’, yang mengambil sempena nama wira legenda tanah air, Lt Adnan Saidi.

Semasa pertunjukan, sebuah kenderaan berperisai ini dilengkapi mesingan berat 12.7 mm dan sebuah lagi dilengkapi misil antikereta kebal, membuktikan kepada penonton kenapa 12 ‘Adnan’, yang dikerah ke Lahad Datu dianggap sebagai penyelamat Malaysia.

Di samping kenderaan berperisai, Tentera Darat Malaysia juga mempamerkan pelbagai jenis pelancar roket miliknya, termasuk MLRS ASTROS II, yang mampu melancarkan pelbagai jenis roket dengan kaliber berbeza, daripada 127mm hinggalah 300mm, dalam tempoh singkat.

Turut digunakan ialah dua jet pejuang Sukhoi Su-30MKM, yang menggegarkan bumi melalui demonstrasi pengeboman di kawasan Gunung Ledang.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment