Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, December 7, 2013

07
Dec2013
No Comment

Seorang lelaki bertindak kejam apabila bukan sahaja membunuh malah memotong mayat isterinya kepada empat bahagian sebelum membungkus dengan plastik dan menyimpannya dalam peti ais dan bilik tidur.

Girish Khote, 35, membunuh isterinya Madhuwanti, 30, selepas mereka bertengkar apabila Khote meminta 20,000 rupees (RM1052) untuk berfoya-foya bersama teman wanitanya yang bekerja di bar berhampiran apartment mereka yang terletak di tingkat 14 Nakshatra Towers di Bhyander, Bombay, India.

Khote yang tidak dapat mengawal kemarahan kemudiannya membunuh isterinya yang merupakan kacukan India dan Perancis.

Dia turut bertindak luar batasan apabila bukan sahaja mengerat mayat tetapi turut meminum darah isterinya.

Pada hari kejadian Selasa lalu, Madhuwanti dikatakan mengugut untuk balik ke Perancis kerana tidak tahan lagi dengan kecurangan Khote. Hal ini membuatkan Khote naik angin lalu memukul isterinya hingga membawa kepada kematian.

Jenayah dilakukan Khote terbongkar selepas dia menelefon pemandu auto yang biasa berurusan dengannya dalam keadaan panik bagi meminta bantuan membuang mayat yang telah dikeratnya.

Pemandu terbabit segera menghubungi pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian lalu menemui mayat Madhiwanti sudah siap dibungkus dan disimpan dalam peti ais serta bilik tidur. – REM RAMZI

Sumber: Dailymail UK


0 comments:

Post a Comment