Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 14, 2012

No Comment

‘Semut Mercun’ Dedah Rahsia, Modal RM 1 Ribu, Jual RM 11 Ribu
BETONG (Thailand) : Sepeket mercun yang dibeli pada harga RM4 boleh dijual RM10 dan berbekalkan modal kira-kira RM1,000, keuntungan yang diperoleh boleh mencecah RM10,000.
Pulangan lumayan itulah yang mendorong ramai rakyat Malaysia nekad melanggar peraturan dengan membeli mercun di sini, sebelum diseludup untuk dijual di kawasan masing-masing, termasuk di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Seorang penyeludup dan penjual mercun yang hanya mahu dikenali sebagai Hairi, 30, memberitahu biarpun keuntungan diperoleh berlipat ganda, penjual mercun kecil-kecilan sepertinya perlu mengawal diri dan tidak boleh tamak jika tidak mahu tertangkap.
‘Semut Mercun’ Dedah Rahsia, Modal RM 1 Ribu, Jual RM 11 Ribu
“Apa yang penting ialah jangan tamak. Ini kerana kami kebiasaannya hanya menyeludup mercun dalam kuantiti kecil dengan menyembunyikannya di beberapa ruang dalam kereta seperti di bahagian enjin, bawah tempat duduk atau kotak pembesar suara.
“Cara begitu lebih selamat kerana pihak berkuasa selalunya tak perasan, tapi kami akan melakukannya secara kerap bagi memenuhi keperluan pembeli,” katanya. – Metro

0 comments:

Post a Comment