Beijing – Dua remaja Tibet meninggal dunia selepas membakar diri kerana membantah pemerintahan China dalam kejadian yang jarang berlaku di wilayah terpencil itu.
Mereka dikenali sebagai Sonam Dargye, 18, dan seorang lagi yang berusia 17 tahun diberi nama Rinchen oleh Radio Free Asia (RFA) berpejabat di Amerika Syarikat.
Mereka meninggal dunia Selasa lalu di Aba, wilayah Sichuan, di Tibet, barat daya China, kata RFA.
Mereka meninggal dunia Selasa lalu di Aba, wilayah Sichuan, di Tibet, barat daya China, kata RFA.
Ketua kempen kumpulan Free Tibet beribu pejabat di London, Stephanie Brigden, yang juga melaporkan kematian itu, berkata:
“Kanak-kanak Tibet ditindas ketika berdepan cabaran hidup dan selalunya menjadi golongan paling ramai menentang penindas.”
Kes bakar diri itu menyusul laporan kematian Namlha Tsering, 49, di tengah jalan raya sibuk di Xiahe, wilayah Gansu, Ahad lalu, menurut RFA.
Di laman web RFA menunjukkan gambar lelaki dikatakan Namlha Tsering terbakar, duduk di jalan raya ketika kereta lalu lalang.
Pergerakan Free Tibet berkata, lelaki berkenaan yang juga dikenali sebagai Hoba, meninggalkan seorang isteri dan empat anak lelaki.
Pembantah bakar diri
Lebih 100 orang membakar diri bagi membantah pemerintahan China sejak 2009, sekurang-kurangnya 85 maut, menurut laporan.
Pertubuhan International Campaign for Tibet berpejabat di Washington berkata, sekurang-kurangnya 22 daripada mereka yang membakar diri berusia 18 tahun ke bawah, termasuk dua kes terbaru.
Ramai penduduk Tibet menuduh kerajaan China melakukan penindasan disebabkan motif agama dan menghakis budaya mereka ketika majoriti etnik Han semakin ramai pindah ke kawasan Tibet.
Beijing menolak kritikan mengenai pemerintahannya dengan berkata, penduduk Tibet menikmati kebebasan beragama dan menuding ke arah kemasukan pelaburan besar, yang membawa kemodenan dan taraf hidup lebih baik di Tibet. – AFP
0 comments:
Post a Comment