Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 18, 2013

No Comment

Dukung Nenek Lari Dari Api
Dukung Nenek Lari Dari Api - Melaka : “Sebaik menjengah ke dapur, saya terkejut melihat api menjulang tinggi hanya beberapa meter dari tempat nenek berjalan, sebelum saya berlari mendukungnya keluar dari rumah.”
Begitu kata Asyraf Ibrahim, 20, yang berjaya menyelamatkan neneknya, Kuna Abu, 87, selepas bertindak pantas mendukung warga emas itu sejauh kira-kira 50 meter apabila rumah yang mereka diami di Jalan Kemboja 19, Kampung Semabok Dalam di sini, musnah terbakar tengah hari semalam.
Selain memusnahkan kediaman berkenaan, kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu turut memusnahkan sebahagian kecil struktur rumah bersebelahan.
Dukung Nenek Lari Dari Api
Menurut Asyraf, ketika kejadian hanya dia dan neneknya berada di rumah sementara ibu dan ayah bersama dua adik beradiknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar datuknya mengerjakan umrah.
Katanya, sebelum kejadian dia yang sedang menonton televisyen di ruang tamu terhidu bau hangit sebelum segera ke dapur untuk mencari punca bau berkenaan. – Metro

0 comments:

Post a Comment