Sepasang kekasih muda di Hertfordshire, England mengambil keputusan membunuh diri bersama-sama.
Memilih untuk digilis keretapi; Charleigh Disbrey, 15, dan Mert Karaoglan, 18, dipercayai turut meninggalkan nota bunuh diri di tempat kejadian.
Menurut rakan-rakan, Charleigh atau lebih dikenali sebagai CJ menjalani kehidupan yang kurang gembira dan pernah mengepos status “Don’t get too close, it’s dark inside — it’s where my demons hide” di laman Twitter.
CJ yang bercita-cita menjadi penyanyi pernah mencuba nasib menyertai rancangan realiti hiburan Britain’s Got Talent. Manakala Mert meminati fotografi dan masih menuntut dalam bidang tersebut.
Bapa Mert menyatakan, pada malam kejadian anaknya yang berperwatakan ceria sedang menonton televisyen sebelum memberitahu dia mahu keluar sebentar namun tidak pulang-pulang hinggalah akhirnya polis mengetuk pintu rumah mereka dan memberitahu berita duka itu.
Kejadian itu mengejutkan masyarakat setempat serta mencetuskan suasana duka di tempat mereka belajar, Hertswood Academy.
Oleh: REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment