Pengarah Drama Cabul Ezany Lapor Polis-Akhirnya pengarah drama yang didakwa mencabul Ezany tampil membuat laporan polis.Menariknya di media massa sebelum ni dia memberi nasihat kepada pelakon-pelakon baru agar waspada dengan pengarah drama berhidung belang.
Pengarah drama, Abdul Rahim Awang membuat laporan di Balai Polis Melawati dekat sini petang Isnin selepas mendakwa pelakon Ezany Nizariff cuba memfitnah kononnya dia mencabul seorang pelakon tambahan serta mengadakan hubungan seks dengan seorang pelakon baru.
Rahim yang juga Timbalan Presiden, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berkata, dia nekad membuat laporan polis selepas kata-kata fitnah yang dilemparkan Ezany melalui media telah menjatuhkan maruahnya.
“Apa yang telah dia (Ezany) lakukan telah memalukan saya sekeluarga.
“Kenyataannya itu juga telah mengundang persepsi negatif oleh masyarakat umum terhadap saya.
“Usia saya sudah 64 tahun. Adakah sesuai saya melakukan perkara sedemikian (mencabul)?” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Tambah Rahim dia memberikan tempoh seminggu bermula Selasa (hari ini) bagi menuntut Ezany membuat permohonan maaf secara terbuka.
Katanya jika pelakon tersebut enggan berbuat demikian, Rahim akan mengambil tindakan seterusnya dengan membawa kes tersebut ke mahkamah.
“Saya mahu dia membuat kenyataan minta maaf kepada dua akhbar utama dan kemudiannya meminta maaf kepada saya.
“Bukan itu sahaja, dia juga perlu membuat sidang akhbar membersihkan semula nama saya yang tercemar ini.
“Jika tidak, tindakan undang-undang pula akan diambil,” tegasnya.
Salinan laporan yang dibuat di Balai Polis Melawati.
Terdahulu pada 17 Jun lalu, Ezany bersama enam orang kru produksi telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Serdang dekat sini selepas mendakwa sebuah syarikat produksi, NR Network, tidak membayar baki wang kerja-kerja lakonan kepada mereka menerusi drama Titian Dua arahan Abdul Rahim.
Malah Ezany turut mendedahkan produksi tersebut turut mempunyai masalah lain apabila pengarahnya iaiti Rahim telah cuba mencabul seorang pelakon baru dikenali sebagai Ffarrah di lokasi penggambaran.
Pelakon itu telah pun membuat laporan polis pada hari sama di Balai Polis Kota Damansara.
Sementara itu Ezany yang dihubungi berkata, dia tidak akan membuat sebarang permohonan maaf kepada Rahim kerana yakin berada di pihak yang benar.
“Saya tidak perlukan masa seminggu untuk memikirkan sama ada mahu meminta maaf kepada dia (Rahim) atau tidak.
“Buat apa saya perlu meminta maaf kepadanya? Saya bagi tempoh masa sehari sahaja untuk dia keluarkan surat saman.
“Sepatutnya dia perlu berfikir panjang sebelum buat keputusan untuk menyaman saya,” tegasnya.
Sebelum ni : Dia Meminta Pelakon Baru Waspada Dengan Pengara Cabul
KUALA LUMPUR: Individu yang ingin menjalani uji bakat sebagai pelakon adalah dinasihatkan agar meminta kad keahlian daripada pihak berkenaan yang dikeluarkan oleh persatuan seni di negara ini bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Naib Presiden, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Abdul Rahim Awang, berkata, ia berikutan terdapat laporan ada individu yang mendakwa mereka pengarah filem tetapi bertindak mengambil kesempatan termasuk melakukan cabul sehingga menjejaskan nama baik persatuan itu.
“Saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang dan semua bakat baru terutamanya wanita hendaklah meminta kad ahli daripada mereka yang mendakwa sebagai pengarah filem atau drama untuk pengesahan supaya tidak berlaku ada pihak yang menyamar.
“Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi pejabat FDAM atau mana-mana persatuan seni lain yang diiktiraf sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.
Abdul Rahim berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang melaporkan mengenai seorang wanita berusia 21 tahun telah dicabul individu yang mendakwa sebagai pengarah ketika menjalani uji bakat.
Dalam satu lagi kes berasingan, seorang lelaki sanggup mengadakan sesi uji bakat palsu yang diadakan bertujuan melakukan serangan seksual terhadap mangsanya.
Selain FDAM, sidang media yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Khamis turut dihadiri Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi dan Presiden, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Khir Mohd Noor.
Tambah Abdul Rahim, kedua-dua lelaki itu juga bukanlah ahli mana-mana persatuan seni di negara ini.
Dalam perkembangan lain ketiga-tiga persatuan seni tersebut akan bergabung untuk menjadi sebuah ‘badan bertindak’ sekiranya terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan bersama dalam industri hiburan tempatan
0 comments:
Post a Comment