Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 18, 2013

No Comment
Perempuan Itu Psiko, Saya Tak Pernah Jumpa Orang Sepelik Dia! - Shah Jaszle

Pelakon, Shah Jaszle, 25, enggan berdiam diri walaupun menyedari dia tidak sepatutnya berbuat demikian memandangkan kes khalwat membabitkannya kini akan dibicarakan di mahkamah.
Dia yang dihubungi semalam berkata, tindakan seorang wanita yang tampil membuat kenyataan kepada sebuah program hiburan hujung minggu lalu sebagai keterlaluan serta boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Bagi menjelaskan apa yang berlaku, pelakon itu berhasrat mengadakan sidang media dalam waktu terdekat untuk mendedahkan segala-galanya, termasuk dakwaan mengatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan wanita terbabit.
“Saya akan mengemukakan semua bukti, termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur paksaan yang dihantar kepada saya. Dia hanya menunjukkan sebahagian SMS saja, tetapi kenapa tidak kemukakan semua sekali apa yang dihantar kepada saya?
“Lagipun apa bukti menunjukkan saya penghantar SMS itu, sedangkan tiada nombor yang tertera pada paparan skrin telefon?
“Sepatutnya saya dan peguam mahu memberikan fokus pada kes khalwat, tetapi nampaknya wanita itu bertindak melampau.
Dia sudah keterlaluan, jadi saya tidak boleh berdiam diri walaupun dinasihatkan menutup mulut,” katanya.
Selama berkenalan dengan wanita itu, kata pelakon ini, dia tidak pernah berjanji apa-apa dengannya.
“Dia memang suka mendesak, malah sanggup ke rumah keluarga untuk mencari saya,” katanya sambil menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan wanita ‘misteri’ itu, seperti didakwa.
Menurut pelakon Azura 2012 itu, dia keliru kenapa wanita berkenaan berani mengeluarkan kenyataan sedemikian, sedangkan mereka baru berkenalan tidak sampai sebulan?
Menurutnya, dia mengenali wanita yang juga seorang kru dan pelakon tambahan itu ketika terbabit dalam penggambaran drama Lembayung Kasih Mu. Mungkin sikapnya yang mudah mesra membuatkan wanita terbabit menyalah tafsir niatnya.
“Kami kenal tiga minggu saja, jadi bagaimana dia boleh mendakwa kami mempunyai hubungan istimewa? Dia mengeluarkan gambar kami berdua, seolah-olah hendak membuktikan kami mempunyai hubungan intim. Memang saya mengaku itu gambar saya, tetapi ia diambil sewaktu di lokasi penggambaran.
“Saya rasa dia psiko. Dia sengaja mahu memutuskan hubungan saya dengan tunang, Redzwani Puteri. Sebelum kes khalwat ini, memang dia ada berjumpa dengan tunang saya, untuk mendedahkan mengenai hubungan yang kononnya wujud antara kami.
Tetapi, tunang saya tidak layan, malah tidak juga melatah.
Mungkin kerana masih gagal memisahkan kami, dia menggunakan cara lain pula untuk memburukkan lagi keadaan.
“Memang saya sangat terkejut dengan tindakannya dan ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan saya pada kerja. Mujur tunang saya memahami dan mengenali siapa saya.
“Dia seorang yang pelik kerana selepas kes khalwat itu, dia tidak menunjukkan rasa bimbang atau serba-salah dengan apa yang berlaku. Seumur hidup, saya belum pernah berjumpa dengan manusia seanehnya,” katanya.
Shah Jaszle dan wanita berkenaan ditahan kerana dipercayai berkhalwat pada 16 Mei lalu, menerusi serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Pangsapuri Taman Sri Subang, kira-kira jam 3.30 pagi. – BERITA HARIAN

0 comments:

Post a Comment