Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 28, 2013

No Comment

IPOH – Jenazah anggota pasukan Batalion 5 (Malbatt 5) Allahyarham Rosdi Mohamad Zan, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini kira-kira pukul 7.30 malam Selasa.

Jenazah yang disambut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Panglima 2 Divisyen Mejar Jen Datuk Mohd Shukuri Ahmad tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah kira-kira pukul 5.30 petang sebelum dibawa ke kediaman mertuanya di Taman Perpaduan Koperasi.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan kediaman itu dan kira-kira 200 anggota keluarga, sanak saudara serta sahabat handai menanti ketibaan jenazah sejak awal lagi.

Sebelum anggota keluarga dibenarkan untuk menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir, isteri Allahyarham Aniza Ariffin, 31, yang dipimpin anggota keluarganya kelihatan hiba sambil mendakap erat baju Melayu warna ungu milik Allahyarham yang dipakai pada Hari Raya tahun lepas.

Manakala anak bongsunya Nurul Damia Batrisyia, 3, yang memakai baju kurung berwarna ungu menangis teresak-esak dengan menyebut “Nak Ayah” berulang kali sambil dipujuk bapa saudaranya Noorasril Ariffin.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Hajjah Puteh Mahami di Taman Bercham Raya kira-kira pukul 6.30 petang untuk disolatkan sebelum dikebumikan.

Setelah pengebumian, Shukuri menyampaikan pingat daripada Lebanese Armed Forces (LAF) dan satu daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kepada Aniza sebagai menghargai sumbangan Allahyraham dalam misi tersebut.

Sarjan Rosdi, 32, anggota Malbatt 5 di bawah misi Pasukan Interim PBB (Unifil) di Lubnan maut apabila kenderaan kembalik yang dinaikinya hilang kawalan dan terhumban 15 meter ke dalam gaung.

Ketika itu kenderaan tersebut dalam operasi menunda kenderaan perisai Condor, berhampiran bandar Houla. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment