Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 24, 2013

No Comment

KOTA BHARU – Kemelut yang melanda Mesir kini menjejaskan hubungan perdagangan Malaysia dengan negara itu, yang diyakini mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mesir, pada suatu masa, merupakan rakan dagang terbesar di Afrika Utara, yang mengimport kelapa sawit serta kereta nasional Proton.

“Namun sejak 2011, hubungan dagang merudum dan terputus. Sudah tentu kita rasa duka cita bila perkara ini berlaku dan kita terpaksa mengalih kepada pasaran negara lain.

“Kita yakin keadaan ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih semula.

Mesir mempunyai potensi besar dalam hubungan dagang ini,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Kursus Haji Perdana di sini malam tadi.

Mustapa berkata, Malaysia sebelum ini mempunyai hubungan yang sangat baik dengan bekas Presiden Mesir Mohamed Mursi, dan telah menandatangani beberapa perjanjian dengan negara itu.

Beliau berkata, sebahagian besar daripada hampir 100 juta penduduk negara itu sebelum ini sangat berminat dengan kereta nasional Proton, dan krisis yang berlaku itu telah menjejaskan segala-galanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment