KUALA LUMPUR – Bilangan kes jenayah berat meningkat kerana penjenayah mudah mendapatkan senjata api haram, dakwa Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dakwanya, pihak berkuasa perlu mencari jawapan kepada persoalan bagaimana senjata api mudah dimiliki oleh penjenayah untuk memastikan kes jenayah berat tidak terus meningkat.
“Masalah sekarang ialah tidak diketahui berapa orang yang memiliki senjata api haram di dalam negara.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu fokus terhadap usaha mematahkan saluran bekalan senjata api haram ke dalam negara.
“Gunalah segala perisikan yang ada dan bantuan daripada Unit Khas untuk mengesan kebocoran senjata api ke tangan orang yang tidak berlesen,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini
Tuan Ibrahim turut mempertikaikan pandangan bahawa kejadian jenayah berat meningkat apabila bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) dibebaskan.
Justeru beliau mempersoalkan sama ada kerajaan bercadang menahan semula 260,000 bekas tahanan EO terbabit sebagai langkah penyelesaian kepada peningkatan kes jenayah berat.
Beliau dalam pada itu mendakwa KDN perlu mengaturkan semula keutamaan kerja polis supaya fokus utama adalah untuk membanteras jenayah dan membuat rondaan di jalanan.
“Biarlah sekurang-kurangnya 60 peratus polis ditugaskan membanteras jenayah,” katanya. – mynewshub.my
Iklan Teks:
0 comments:
Post a Comment