Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 28, 2013

No Comment

Syria semalam memberi kenyataan membalas tekanan kemungkinan tindakan ketenteraan yang sedang diterima dari negara-negara Barat.

Menteri Luar Negara Syria Walid al-Moallem berkata pihaknya akan memberi kejutan kepada semua orang jika negaranya itu diserang.

Beliau turut menafikan kerajaan rejim Bashar al-Assad adalah dalang disebalik kejadian serangan menggunanakn gas kimia minggu lepas yang membawa negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Britain bersiap sedia menyerang negara itu.

“Kami akan mempertahankan diri dengan apa sahaja pilihan yang kami ada, saya tidak akan bercakap lebih lagi, cukup setakat itu,” katanya.

Syria sehingga hari ini masih lagi berahsia tentang kelebihan pertahanan mereka yang mampu digunakan jika diserang.

Menurut para penganalisis, rejim al-Assad sememangnya memiliki banyak pilihan untuk digunakan.

Penganalisis dari Institut Perkhidmatan Diraja Britain Shashank Joshi berkata Jordan, Turki, Israel dan Cyprus merupakan lokasi di mana Britain membina pangkalan tenteranya di sana dan ia mungkin menjadi sasaran Syria.

“Syria juga berkemampuan menyerang menggunakan peluru berpandu jarak jauh dilengkapi dengan kepala peledak senjata kimia,” tambahnya lagi.

Seorang Felo Kanan Untuk Penyelidikan Pertahanan di King’s College London Paul Schulte berkata kemungkinan lain yang boleh berlaku ialah berlakunya keganasan proksi dengan menculik rakyat Britain atau Amerika Syarikat yang sedang berada di Timur Tengah.
Sumber : Metro UK

OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment