Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 15, 2013

No Comment

Seorang suri rumah telah kerugian RM100,000 akibat terpedaya dengan modus operandi baru warga Nigeria sejak Mei lepas. Menurut laman blog Mazidul Akmal, laporan polis telah dibuat di Batu Pahat, Johor 13 Ogos lepas.

Modus operandinya ialah penghantaran email pemberitahuan kepada mangsa bahawa mangsa telah memenangi sejumlah besar wang melalui satu cabutan loteri dan memerlukan mangsa meletakkan beberapa butiran peribadi di dalam email berkenaan.

Selepas itu mangsa akan dihubungi, tetapi untuk menebus hadiah itu mangsa dipujui untuk membuat beberapa pembayaran secara berperingkat. Selepas tersedar diri tertipu, barulah proses memberikan wang kepada sindiket dihentikan.

Menurut laman blog Mazidul, selain daripada meratah tubuh gadis dan wanita tempatan, sebilangan lelaki Nigeria turut “meratah” wang mereka.

Mazidul turut berkongsi satu email yang dihantar kepadanya menyatakan beliau sudah pun memenangi loteri dari sebuah syarikat yang menggunakan nama Air Asia berjumlah RM300,000.

Fullscreen capture 15082013 33343 PM-001

Dalam entry yang dikongsikan itu, pihak sindiket menggunakan pelbagai pendekatan kononnya menjelaskan kepada mangsa bahawa proses cabutan itu dibuat dengan telus dan mengikut peraturan.

Turut disertakan dalam email itu, nama syarikat dipercayai direka-reka menyerupai nama syarikat Air Asia dan juga beberapa nama kononnya antara kakitangan pentadbiran tertinggi di Air Asia.

Sudah kerap, blogger, portal berita, radio, televisyen malah pihak Polis Diraja Malaysia sendiri memberi amaran kepada orang ramai berkenaan penipuan sebegini tetapi selagi nama manusia yang nak cepat kaya, semua nasihat ditolak tepi. – Mynewshub.my

Sumber rujukan : Blog Mazidul Akmal

OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment