Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 24, 2013

No Comment

ALOR SETAR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja sehari ke Kedah.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas di sini kira-kira 11 pagi dari Bangkok, Thailand selepas mengakhiri lawatan di negara jiran itu.

Muhyiddin diiringi isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Majlis pertama beliau di negeri ini adalah merasmikan Hari Koperasi Negara 2013 di Dataran Bandar Darul Aman, Jitra.

Beliau kemudian akan menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment