Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 25, 2013

No Comment

KUMPULAN yang pernah popular suatu ketika dahulu, Nsync dilaporkan bakal bergabung semula, khas untuk persembahan majlis MTV Video Music Awards, yang akan diadakan pada keesokan hari di Barclays Center, New York.

Nsync yang terkenal dengan barisan lagu popular seperti Bye, Bye, Bye, I Want You Back dan Pop ini dianggotai oleh Justin Timberlake, JC Chasez, Joey Fatone, Lance Bass dan Chris Kirkpatrick.

Pastinya hadiah ‘reunion’ mereka ini menggembirakan peminat-peminat mereka terutamanya di kalangan gadis-gadis yang pernah mengilai mereka suatu ketika dahulu.

Antara artis lain yang dijangka turut membuat persembahan ialah Lady Gaga, Katy Perry dan Bruno Mars.

Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang dibawakan oleh Nsync buat penonton MTV Video Music Awards tahun ini!

Oleh:  AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment