Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 15, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd. Nor meminta kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Mesir dengan serta merta.

Beliau mendakwa, Malaysia wajar melakukan perkara itu supaya diikuti oleh negara Islam dan Asean lain bagi memberi memberi tekanan politik ke atas kerajaan negara itu.

“Malaysia wajar mendahului negara Islam serta Asean yang mengambil langkah berani bagi memastikan konflik berdarah di Mesir ditamatkan dengan segera.

“Antara tindakan segera yang boleh diambil oleh kerajaan Malaysia adalah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Mesir serta memberi tekanan politik,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Riduan mendakwa, Malaysia perlu menunjukkan kewibawaan seperti Turki dengan menolak sebarang hubungan dengan kerajaan Mesir.

Beliau melahirkan keyakinan jika Malaysia berani bertindak demikian maka negara Islam dan Asean lain akan turut bangkit memberi tekanan kepada Mesir.

Katannya, DPPM turut meminta kerajaan Malaysia mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan keras terhadap kerajaan Mesir.

“Tekanan antarabangsa termasuk operasi ketenteraan perlu diambil bagi menyelamatkan rakyat Mesir yang terperangkap dalam keganasan oleh kerajaan yang tidak sah,” dakwanya lagi.

0 comments:

Post a Comment