Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 23, 2013

No Comment

PETALING JAYA – Banjir kilat dilaporkan berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu pada pagi Jumaat. Jurucakap Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKLItis) berkata, banjir kilat dilaporkan berlaku di Ulu Klang menuju ke arah Ampang dekat Kampung Pasir.

“Kami menerima laporan mengenai banjir kilat dari pukul 7 pagi daripada orang awam tetapi kita tidak begitu pasti bila banjir mula berlaku,” katanya.

Sementara itu, PLUS berkata, Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup untuk membantu mengalihkan air banjir yang berlebihan.

“Tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang maklumat mengenai banjir kilat di lebuh raya kami,” kata jurucakap itu. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment