Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 23, 2013

No Comment

BEIJING – Ribut Tropika Trami membadai selatan China pagi semalam sekali gus memburukkan lagi bencana banjir di negara berkenaan selepas ia mengorbankan 17 orang di Filipina.

Trami yang bermula sebagai taufan melanda Taiwan pada Rabu lalu sebelum menuju ke wilayah Fujian semalam. Kekuatannya semakin berkurang menyebabkan taufan tersebut dikategori sebagai ribut.

Ia kini menuju ke barat laut China dengan membawa hujan lebat ke beberapa kawasan yang terjejas teruk dilanda satu lagi taufan pada minggu lalu.

SEKUMPULAN polis separa tentera membantu beberapa nelayan menolak sebuah botyang terbalik selepas Ribut Tropika Trami tiba di Ningde, dalam wilayah Fujian semalam.

Banjir di China sebelum ini menyebabkan kira-kira 250 orang maut termasuk 21 pekerja pembinaan di wilayah Qinghai yang terkorban pada Selasa lalu.

Bencana tersebut menyebabkan keadaan di bahagian timur laut China terjejas teruk apabila air Sungai Heilong melimpah semalam. Setakat ini beribu-ribu orang terpaksa berpindah.

Trami mencetuskan huru-hara di Manila dan beberapa wilayah terpencil di Filipina baru-baru ini namun, ribut itu hanya menyebabkan kerosakan kecil di Taiwan. – AP

0 comments:

Post a Comment