Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 24, 2013

No Comment

Teka-teki mengatakan bahawa pelakon, pengacara dan pelawak Zizan Razak bakal mengacarakan program realiti Akademi Fantasi 10 (AF10) masih belum terjawab. Namun, Zizan tidak menafikan dia menerima tawaran untuk memikul tanggungjawab itu.

“Saya ada tanyan pendapat Pak Nil (Aznil Hj. Nawawi), Najib Ali dan beberapa lagi orang. Namun, saya masih belum membuat sebarang keputusan,” jelas Zizan.

Tambah Zizan, dia belum membuat sebarang keputusan kerana terdapat beberapa perkara yang harus diambil kira terlebih dahulu termasuklah masalah kesihatan dan juga komitmen kerja dengan pihak lain.

Akui teruja dengan tawaran yang diberikan, namun jelas Zizan, dia merasa rendah diri untuk mengacarakan program tersebut memandangkan yang terlibat dalam AF10 kali ini terdiri daripada nama-nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslaw dan Faizal Tahir.

“Saya merasa kecil untuk mengacarakan AF10 kerana yang terlibat semuanya nama-nama besar dalam industri,” katanya ketika ditemui di Malam Gala filem KL Zombi pada Khamis.

Zizan yang baru pulang dari Indonesia bagi menjalani penggambaran muzik video runut bunyi bagi filem ‘Suami Aku Ustaz’, dikhabarkan keracunan makanan setelah pulang dari negara seberang itu.

Zizan yang sebelum ini pernah jatuh sakit kerana terlalu komited dengan kerja turut memberitahu dia kini lebih menjaga pemakanan kerana bimbang diserang gastrik.

Sumber: GUA

0 comments:

Post a Comment