Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 3, 2014

No Comment

Damsyik – Angka kematian akibat perang saudara di Syria meningkat kepada 136,000 selepas Januari menjadikan ia bulan paling banyak menyaksikan pertumpahan darah, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan semalam ketika keganasan meragut lebih banyak nyawa penduduk awam.

Masa depan untuk keamanan dilihat suram selepas 10 hari rundingan di Geneva menyaksikan tiada keputusan dan rejim berkata ia tidak pasti sama ada akan kembali ke meja rundingan.

Aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria berkata, angka kematian sehingga akhir Januari mencatatkan sekurang-kurangnya 136,227.

Pengarah kumpulan di Britain, Rami Abdel Rahman, berkata Januari adalah bulan paling berdarah sejak bermulanya konflik pada Mac 2011.

Antara kematian yang dicatatkan adalah 47,998 membabitkan orang awam termasuk lebih 7,300 kanak-kanak.

Aktivis berkata, angka kematian sebenar mungkin lebih tinggi disebabkan pihak pemisah, golongan jihad dan rejim yang terlalu berahsia mengenai angka korban.

Konflik bermula selepas tindakan tegas terhadap tunjuk perasaan antikerajaan secara aman, mencetuskan satu kebangkitan bersenjata terhadap Presiden Bashar al-Assad.

Tambahan kepada kematian itu dan lebih banyak bilangan kecederaan adalah berjuta-juta penduduk yang hilang tempat tinggal dan juga menjadi pelarian.

Pertumpahan darah masih berterusan kelmarin dengan sekurang-kurangnya 46 penduduk awam terkorban berikutan bom yang digugurkan di bandaraya utara Aleppo, kata Observatory.

Abdel Rahman berkata antara mangsa yang maut adalah 33 penduduk awam di kawasan Tareq al-Bab sendiri.- AFP

0 comments:

Post a Comment