Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 3, 2014

No Comment

LAWAS – Dua beradik maut manakala tiga terselamat akibat terhidu asap dari pam air di dalam terowong yang mereka gali sedalam 15 meter di Kampung Lintang Baru, Daerah Lawas, Limbang pagi tadi.

Ketua Polis Lawas, DSP Fauzilan Abdul Aziz berkata mangsa ialah Raut Singa, 51, dan abangnya Gelawat Singa, 59, manakala yang terselamat dikenali sebagai Feanndy Chiar Ejon, 17, Anwar Abdullah, 18, dan Wass Gali, 40-an yang telah dihantar ke Hospital Lawas dan dilaporkan stabil.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima, terowong tersebut digali untuk dibuat perigi namun siasatan lanjut akan dilakukan untuk memastik kesahihan maklumat tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas, Mohamad Shamlie Radae berkata mangsa yang meninggal dipercayai akibat lemas kerana
terhidu asap pam air.

“Feanndy paling awal berjaya menyelamatkan diri atas bantuan orang kampung pukul 11.20 pagi, manakala yang terakhir dapat dibawa keluar ialah Gelawat Singa pada pukul 2.04 petang,” katanya.

Beliau berkata terowong tersebut tidak mempunyai laluan udara yang luas.

“Pihak kita juga mengalami kesukaran untuk melakukan tugas menyelamat kerana faktor kedalaman terowong tersebut serta ruang yang sempit,” katanya sambil menambah operasi menyelamat berakhir kira-kira 2.30 petang.

Terowong itu telah ditutup. – BERNAMA

Foto: BH Online

0 comments:

Post a Comment